Ketahui dengan lebih lanjut mengenai ABC :

Pengenalan empty line Objektif empty line Penyertaan empty line Operasi empty line Pelan Pintar empty line Jadual ABC

Penyertaan

Bagi mereka yang berminat, borang permohonan boleh didapati di mana-mana stokis/butik Caely atau di Ibu Pejabat syarikat di Wisma Caely, Lot 2661, Batu 3 Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak. Untuk Bantuan, hubungi khidmat pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-2235.

Lengkapkan borang dan kirimkan terus ke ibu pejabat atau menerusi stokis/butik di mana borang diambil.

Pihak urusetia ABC akan merujuk pemohon-pemohon yang terpilih kepada badan-badan pembiayaan yang tertentu bagi menyenaraikan mereka yang layak menerima pembiayaan.

Jika pihak badan pembiayaan berpuas hati dengan permohonan yang diterima, ia akan menawarkan kemudahan berkenaan kepada pemohon

Calon-calon yang berjaya dimestikan hadir sesi latihan yang diuruskan oleh pihak syarikat dan badan pembiayaan, samada latihan itu dijalankan berasingan ataupun secara usahasama.

Pihak yang mengeluarkan pembiayaan akan menyalurkannya kepada syarikat dan pihak syarikat pula akan menyediakan pakej-pakej produk yang setimpal dengan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan.

Sejajar dengan prinsip "Insan Membina Insan" di dalam perniagaan Caelygirl, usahasama ABC akan dilatih memasarkan produk dan melantik ahli-ahli baru di bawah kepimpinannya.